Salam . Semalam adalah hari yang agak sibuk bagi saya. Pagi ada temujanji dengan MARDI Melaka untuk membincangkan urusan GMP dan HACCP untuk kilang. Pada waktu yang sama perlu menghadiri kursus di Hotel Ancasa MITC. Kursus?, arrgh....sebenarnya terus terang saya katakan telah agak lama saya tidak berkursus sebenarnya dan mungkin ramai kawan-kawan saya di luar sana yang tak berapa nak gemar untuk berkursus ni. Lebih-lebih lagi jika terpaksa dan dipaksa. Kena pula fasilitator atau pun penceramah jenis macam burung kakak tua dan nenek tua mesti pening punya...hehehe.
Selepas habis berbincang dengan Pegawai MARDI, saya terus bergegas untuk ke Hotel Ancasa MITC. Jam telah menunjukkan angka 12:00 hrs. Adui! Nie dah kes naya ni. Mesti dia orang dah mula sesi pagi dan saya baru nak gerak. Nasiblah nak buat macam mana. Sampai di Hotel Ancasa MITC tepat jam 12:15 hrs jadi saya pun terus cari bilik tempat kursus tu kat mana. Kena pula masa itu banyak juga organisasi yang buat kursus di sini.
Saya akhirnya dapat juga mencari tempat itu. Ketuk saja pintu bilik ingatkan ramai pesertanya tapi rupa-rupanya hanya 8 orang sahaja. Sedih juga rasanya sebab tidak berapa ramai.
Penceramah nak bagi ceramah pun macam takda "Mood". Kalau saya pun macam itu juga yelah 8 orang!!
Saya difahamkan yang kebanyakan syarikat telah diberi peruntukan untuk menghadiri kursus ini secara "PERCUMA". Hanya sebahagian sahaja yang perlu membayarnya dengan kadar bayaran RM500.00. Saya terfikir adakah ini mentaliti "Orang Kita". Diberi "PERCUMA" pun tak datang kalau berbayar lagilah tak datang!. Saya rasa kursus ni penting untuk sesebuah organisasi untuk menambahkan kecekapan warga kerjanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan "KUALITI". Kita selalu beranggapan yang kualiti itu amat penting tetapi kita sendiri apabila diberi peluang untuk menambahkan ilmu tidak mengambilnya secara yang terbaik.
Kualiti dapat memberi nilai tambah bukan sahaja kepada kita, organisasi kita akan tetapi kepada masyarakat seluruhnya dan negara amnya. Produktiviti akan meningkat, kecekapan akan meningkat, kos dapat diturunkan, masa beroperasi dikurangkan dan keuntungan dapat ditingkatkan. Siapa yang akhirnya dapat kebaikan bukankah kita semua akan dapat merasai nikmatnya.
Moralnya di sini adalah tambahlah ilmu walau apa jenis ilmu tersebut lebih-lebih apabila diberi secara percuma. Kalau perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu berilah sedikit peruntukan untuk berbuat sedemikian. Ilmu adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan!. Ilmu akan memberi kita kejayaan dan kekayaan!.
Selamat menambah ilmu agar kita lebih berilmu. Jumpa kita dilangit kejayaan!
TOK BATIN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan